Monday, 7 July 2014

Anda Marah !!!

Setiap manusia pasti memiliki perasaan marah. Emosi ini normal terhadap ketidakselesaan situasi, menerima layanan buruk, dan cabaran terhadap had kesabaran.
Kita perlu bijak mengawal kemarahan bagi mengelak kesan buruk kepada diri sendiri dan sekeliling.
Undang-undang dan etika sosial menetapkan batasan bagi membolehkan seseorang meluahkan perasaan marah.
Walaupun marah adalah emosi perasaan yang normal namun boleh membahayakan apabila mampu mendorong kepada tindakan ganas yang tidak terkawal yang mungkin mencederakan atau menyakitkan hati orang lain.
Emosi marak yang berpanjangan menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit angin ahmar (strok) selain berdepan dengan masalah psikologi.

Mengawal perasaan marah:
Marah harus diluahkan.
Menahan secara positif dan menenangkan diri.
Waspada terhadap perkara yang boleh menyebabkan diri sendiri dan orang lain marah.
Lakukan eksesais.

Antara Punca Kemarahan:

  1. Ditipu
  2. diejek
  3. diperli
  4. tidak dipeduli
  5. dicederakan
  6. tertekan
Antara kaedah Mengawal Kemarahan:
  • kenali diri - pantau punca yang menyebabkan kemarahan - lakukan perkara yang anda suka - ubah posisi diri
Islam mengesyorkan sekiranya seseorang itu marah, hendaklah dia berwuduk dan mendirikan solat. Insyaallah akan tenang.....


No comments:

Post a Comment