Wednesday, 26 November 2014

Hukuman Sebat terhadap pesalah zina di Sabah

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH 06 NOVEMBER 2014

Mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah khususnya Mahkamah Tinggi Syariah Tawau diatas  perlaksanakan hukuman sebat secara terbuka bagi kesalahan syariah yang pertama di negara ini pada 28 Oktober 2014 bersamaan 4 Muharram 1436H. Perlaksanaan hukuman sebatan syariah bagi kesalahan persetubuhan haram di bawah Seksyen 80(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah No. 3 (Sabah) 1995 ini memperlihatkan kesungguhan Jabatan Kehakiman Negeri Sabah mempastikan hukuman-hukuman syariah yang diperuntukkan di dalam undang-undang dapat dilaksanakan.
DPPNS juga merakamkan penghargaan di atas kebijaksanaan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Tawau, Yang Arif Tuan Ahadin Bin Arinen yang telah mensabitkan pesalah berdasarkan pengakuan bersalah yang dibuat dihadapan beliau. YA Tuan Ahadin bukan sahaja telah menjatuhkan hukuman dengan bijaksana, malahan telah mengambil kesempatan setelah hukuman dijalankan untuk memberikan ucapan yang amat berguna kepada pesalah, pegawai mahkamah, peguam dan orang ramai yang hadir menyaksikan hukuman tersebut tentang keindahan dan keadilan undang-undang Islam. Saya memetik ucapan beliau:
“Alhamdulillah. Sebentar tadi kita semua telah menyaksikan di hadapan mata kita perlaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah jenayah syariah atas kesalahan zina. Hukuman sebat adalah satu hukuman yang ditetapkan oleh Allah kepada orang yang melakukan zina sebagaimana disebutkan dalam surah an Nuur: 2 yang berbunyi: “Perempuan yang berzina dan laki laki yang berzina, hendaklah kamu sebat kedua-duanya seratus kali sebatan. Dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh kumpulan daripada orang yang beriman”.
Para hadirin semua telah menyaksikan betapa hukuman sebat yang telah ditetapkan Allah itu bukanlah satu hukuman menyiksa atau mendera atau mengazab pesalah. Ia jauh sekali lebih ringan berbanding hukuman yang dikenakan dari Mahkamah Awam. Inilah dia hukuman yang selama ini digeruni dan ditakuti oleh ramai orang selama ini. Mereka menyangka betapa kejam dan dahsyatnya hukuman sebat dalam Islam. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan terhadap hukuman ini. Namun, hari ini, para hadirin semua dapat saksikan depan mata. Apakah benar dakwaan orang-orang tersebut bahawa hukuman Islam ini kejam? Anda semua boleh menjawapnya hari ini.   Para hadirin semua, dalam Islam, perlaksanaan hukuman hendaklah dilakukan di khalayak umum. Ini telah disebutkan sendiri oleh Allah dalam surah an Nuur: 2 yang dibacakan tadi. Allah menegaskan bahawa hukuman tersebut hendaklah disaksikan oleh sekumpulan orang-orang beriman. Tujuannya bukan mendera, bukan menyeksa, tetapi untuk memberi pengajaran, pendidikan dan keinsafan kepada kepada pesalah dan orang lain, lebih-lebih lagi kepada orang yang menyaksikan hukuman itu, jangan sampai perbuatan ini dilakukan lagi oleh pesalah atau orang yang menyaksikan atau ahli-ahli keluarga yang menyaksikan dan juga oleh masyarakat. Kesannya adalah kepada jiwa dan minda manusia. Inilah dia keindahan dan mutiara Islam yang perlu diketahui orang.
Ketika ini, pemerintah hanya memberi mahkamah syariah kuasa untuk menghukum sebat paling maksima 6 kali sebatan sahaja berbanding 100 kali sebagaimana yang diperintahkan Allah. Dan hari ini, Mahkamah ini telah mengambil dan melaksanakan kuasa yang diberi oleh pemerintah itu. Kita doakan semoga pihak pemerintah akan memperkasa lagi undang-undang yang sedia ada sehingga benar-benar menurut apa yang disebutkan dalam Al Quran pada masa akan datang. Amin yaa Rabbal alamin. Semoga Allah meredhai perlaksanaan hukuman pada hari ini dan menghitungnya sebagai sebahagian daripada amal soleh dan usaha kita semua untuk memartabatkan hukum Allah di muka bumi. Semoga dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah ini diampuni Allah. Semoga perlaksanaa
n hukuman sebat di hadapan umum pada hari ini membawa rahmat kepada perkembangan undang-undang Islam di negara ini. Sekian. Wassalamualaikum wbt”.  
DPPNS juga mengucapkan penghargaan kepada jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis dan lain-lain yang telah memberikan kerjasama sehingga terlaksananya hukuman sebatan syariah ini. DPPNS menyatakan bahawa ini menunjukkan bahawa perlaksanaan undang-undang Islam mampu dilaksanakan sekiranya semua pihak khususnya kerajaan memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Kehakiman Syariah.
DPPNS mengambil kesempatan untuk mencadangkan agar pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah menggiatkan usaha memberikan pendedahan dan penerangan kepada rakyat berkenaan undang-undang Islam dan hukuman-hukuman yang diperuntukkan bagi menghakis sikap prejudis dan salah faham . DPPNS juga mencadangkan agar Mahkamah Syariah Negeri Sabah menjemput Badan Bukan Kerajaan (NGO), pegawai-pegawai kerajaan, Ahli-ahli politik dan orang ramai bagi melihat sendiri prosedur perlaksanaan hukuman sebat ini. Walaupun hukuman yang dilaksanakan ini tidak memenuhi tuntutan sebenar hukuman bagi kesalahan hudud, setidak-tidaknya ia mampu memberikan gambaran kepada masyarakat bagaimana hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah dilaksanakan.    
DPPNS juga menggesa agar Jabatan Kehakiman Syariah negeri-negeri lain mengambil langkah proaktif mencontohi langkah berani Mahkamah Syariah Sabah dan kami berharap agar pihak kerajaan mengambil langkah yang lebih serius bagi memberikan pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang keadilan dan kesaksamaan yang ditawarkan oleh Undang-undang Islam.
Sekian, Terima Kasih.
Yang benar,
Haris Bin Alimudin
Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Sabah
Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi.

Saturday, 1 November 2014

17 Perkara Kenapa Orang Kidal Lebih Power Dari Orang Tangan Kanan

Macam yang kita semua tahu, golongan-golongan terpilih ini iaitu tangan kidal selalu dikerumuni dengan persoalan. Boleh kata 80% dari soalan-soalan tersebut adalah soalan makan guna tangan kiri ke kanan atau berkaitan tandas.
Pernah tidak anda semua terfikir kenapa orang kidal lagi pandai dari tangan kanan, lebih tinggi dari tangan kanan, lebih kaya dari tangan kanan dan lebih hensem / comel dari tangan kanan. Wow
So memandangkan aku ni seorang lelaki yang baik, pemurah, setia, kacak dan tangan kidal, maka hari ni aku akan ceritakan kepada korang beberapa fakta yang bakal membuatkan orang tangan kanan benci golongan atasan seperti kami.
1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk menjadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok. Sebagai lelaki, fakta ini tidak releven. HAHAHA...
5. Jika kedua-dua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan untuk anda menjadi golongan atasan seperti kami adalah 2% sahaja.
6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal. Kucing pun ada kidal, korang ada?
7. Orang kidal katanya lebih suka membaca buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal. Sebab itu kami pandai.
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
9. Semakin berusia seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.
10. 4 dari 5 designer komputer Mac dilaporkan kidal. Take this!
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
12. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fizikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)
Apa pun, terima kasih sebab sudi baca artikel ini. Double terima kasih kat sesiapa yang baca sambil ketawa, apa nak marah-marah kan.
Kalau ada salah di artikel ni, sila betulkan.